Kontroversi 2010 Yayasan Basmi Kemiskinan

Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan . Sehingga kini YBK diurus tadbir oleh Datuk Zainal Abidin Sakom.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berpendapat bahawa kerajaan Selangor tidak boleh mencampuri urusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana ia bukan di bawah kerajaan negeri itu, tetapi didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Segala aktivitinya dikawal oleh lembaga pemegang amanah.

Pada 11 Januari 2010, Bersih Bangun Selangor (BEBAS) sebuah NGO di Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mohd Abdul Raof Mokhtar mendedahkan bahawa Khalid mahukan jawatan pengerusi YBK, jika tidak pembinaan kampus UiTM akan dihentikan.Tanah 190 hektar di Serendah, Rawang milik YBK yang dianugerahkan oleh Kerajaan Selangor terdahulu pada 1995.

Pada 1 Februari 2010, Kerajaan negeri Selangor enggan melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah YBK sebanyak RM5.6 juta seluas 526 hektar di Serendah, Rawang.